Felicia Yeap (Rara) Amoi Berhijab

Felicia Yeap, Rara, Amoi Berhijab, Raisyyah Rania Yeap, Playboy, Hidayah, Pelancaran Buku

Sebut nama Felixia Yeap (Raisyyah Rania Yeap) atau nama samaran RARA yang datang dalam fikiran kita adalah seksi. Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah Playboy. Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal hijab. Namun siapa sangka, di balik wajah menawan itu ada banyak kisah? Kisah yang selama ini dipendam, disimpan, dan tidak dikongsikan.


Sesi Meet & Greet dan pelancaran buku terbaru Felicia Yeap #AmoiBerhijab bersama PTS Media Group dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) di di MYDIN Mall USJ, Subang Jaya pada 14th Mac 2015.

Dalam Amoi Berhijab, ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik dibuli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja.


Kemudian tentulah ramai ingin tahu hidup seorang model Playboy. Bagaimana hidup dalam dunia glamor. Serta hebatnya sehelai tudung, mampu mengubah hati seorang insari. #AmoiBerhijab, sebuah buku ikhlas daripada hati. Sebuah tulisan yang sejujurya mahu berkongsi, buat sesiapa yang mahu mengetahui.

No comments:

Post a Comment