Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Kembali Bergaya Ke Sekolah

Majlis Penyampaian Hadiah, Peraduan Kembali Bergaya Ke Sekolah, Mydin Malaysia, Mydin USJ,

Tahniah kepada semua pemenang “Peraduan Kembali Bergaya Ke Sekolah” di Mydin. Siapa sangka persediaan membeli-belah kelengkapan persekolahan anak-anak membolehkan seorang bapa, Encik Abdullah bin Awang, 52 tahun dari Kota Bahru, Kelantan menunggang pulang Skuter SYM VTS200, Hadiah Utama.


Peraduan eksklusif buat pertama kalinya dijalankan di semua cawangan Mydin dan cawangan-cawangan MyMydin terpilh seluruh Negara bersempenakan dengan promosi “Kembali Bergaya Ke Sekolah” dari 27 Nov 2014 hingga 11 jan 2015. Melalui promosi ini, para pelanggam dapat membeli kelengkapan persekolahan lengkap dengan harga yang berpatutan.


Peradian ini telah berjaya menarik lebih kurang 10,225 penyertaan dari seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan pembelian set lengkap uniform sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, stoking sekolah dan alat tulisdalam satu resit pembelian telah melayakkan mereka menyertai peraduan ini.

Selain Skuter SYM VTS200, terdapat hadiah lain seperti TV Samsung LEF 48”, set console PS4, mountain bike, iPad Mini, tiket Sunway Lagoon, tiket Lost World of Tambun.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Kembali Bergaya Ke Sekolah, sila kunjung laman web Mydin Malaysia www.mydin.com.my

No comments:

Post a Comment