Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ, Mydin Malaysia, Mydin USJ, Raya Open House

Wah! meriahnya Majlis Rumah Terbuka Mydin USJ yang untuk berkongsi rasa kegirangan dan kemeriahan syawal tahun ini bersama-sama komuniti setempat khususnya para pelanggan setia MYDIN. Setahun sekali biarlah disambut dengan girang and muhibah tanpa mengira bangsa, agama dan usia untuk  mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan menzahirkan rasa bermuafakat dalam kalangan masyarakat yang multinasional.


Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ, Mydin Malaysia, Mydin USJ, Raya Open House

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ juga diserikan dengan kehadiran Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama 15 orang anak-anak fitrah Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dan 25 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Kasih Bestari, Subang Jaya.

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ, Mydin Malaysia, Mydin USJ, Raya Open House

Pastinya Majlis Rumah Terbuka MYDIN kali ini bertambah meriah kerana diacarakan oleh dua figura hebat iaitu Azza Ellite dan Zul Yahya. Tujuh orang artis jemputan seperti Adam Corrie, Wani (Juara Kamilah Bintang Astro), Siti Nordiana, Thalia Mentor (Protégé Ziana Zain),Lan Kristal, Aweera, Noorkhiriah dan Shaheizy Sam turut mengimarahkan Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ kali ini.

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ, Mydin Malaysia, Mydin USJ, Raya Open House

Bukan sahaja pelbagai juadah dihidangkan untuk semua tetamu tetapi juga majlis rumah terbuka ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Seperti cabutan bertuah, kuiz, persembahan Junior Clown, persembahan Stilt Walker (Berbaju Melayu), persembahan Street Magician, persembahan nyanyian daripada artis-artis jemputan dan pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak fitrah.

Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ, Mydin Malaysia, Mydin USJ, Raya Open House

Untunglah tetamu yang dating ke Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ ini. Para pengunjung dan tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan makanan seperti nasi hujan panas, nasi tomato, nasi goreng, soto ayam, kambing golek, ketupat, rendang, soto ayam, rojak penang, lontong, lemang, sate, aiskrim goyang dan banyak lagi di 14 buah gerai secara percuma.

Terdapat 5 hadiah pertama cabutan bertuah Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ kali ini adalah sebuah TV Sharp LED 60 inci, TV Toshiba LED 40 inci, Samsung Home Theater, Samsung Microwave dan Samsung 2 Door Refrigetor. Hadiah-hadiah menarik yang lain seperti sebuah Mesin Basuh Toshiba 9 kg, Mesin Pengisar Sharp, cerk elektrik, Sharp Air Purifier dan Samsung Vacuum juga sudah siap siaga menanti para pemenang cabutan bertuah. Semua pemegang kad Meriah MYDIN layak untuk menyertai cabutan bertuah Majlis Rumah Terbuka MYDIN USJ.


Untuk maklumat lanjut tentang MYDIN, sila layari laman Web, Facebook atau Instagram @MydinMalaysia

No comments:

Post a Comment